Sunday, February 9, 2014

KISS: Keep it Simple



Prinsip KISS pada mulanya diperkenalkan oleh Tentera Laut Amerika (American Navy) pada tahun 1960. KISS merupakan singkatan, "Keep it Simple, Stupid!" Konsep ini menyatakan sesebuah sistem itu akan lebih berkesan sekiranya ia dibuat secara mudah, berbanding dengan sesuatu yang kompleks.

Ada juga yang menggelarkannya, "Keep it Simple and Straightforward," dan ""Keep it Stupidly Simple" dan beberapa akronim yang lain. Hakikatnya, ia menggalakkan kita menjadikan sesuatu itu mudah.

NLP - Yang susah dimudahkan
Frog Into Princes
Sebelum saya mendapatkan pentauliahan sebagai pengamal Neuro-Linguistic Programming (NLP Practitioner), saya banyak membuat kajian mengenai subjek tersebut. Saya cuba untuk mendapatkan sebanyak mungkin risalah, laman web, video di Youtube dan Torrent, dan beberapa e-book. Dan salah satu e-book yang saya jumpai berjudul "Frogs Into Princes" antara buku terawal ditulis oleh Richard Bandler dan John Grinder, pengasas kepada NLP. Sekiranya anda pernah melihat buku ini, ianya ditulis dalam keadaan penuh dengan tulisan dan tidak nampak sebarang hujung pangkal dalam setiap bab yang ditulis. Saya mula terfikir, mereka mengasaskan NLP, tetapi tidak menggunakan NLP dalam penulisan mereka. 

Anthony Robbins
Pelajaran yang saya dapat daripada perbualan dengan salah seorang rakan yang berasal dari Chicago pada minggu lepas adalah dengan menjadikan sesuatu itu sangat mudah. Bandler dan Grinder walaupun pengasas kepada NLP, mereka hanya berjaya menjana jutaan dollar daripada mengajar ilmu tersebut, tetapi Anthony Robbins pula menjana ratusan juta dollar mengajar ilmu yang mana beliau mengambil konsep NLP dan memudahkannya supaya mudah diikuti dan dipelajari oleh orang ramai. Maksud saya, bukanlah wang ringgit perlu jadi ukuran, tetapi berapa ramai yang sanggup bayar dan mendapatkan manfaat sekiranya seseorang itu dapat menyampaikannya dengan mudah. Anthony Robbins merupakan salah seorang yang memahami konsep tersebut, dan mengaplikasikannya.

Dunia Teknologi Maklumat
Dalam dunia IT, Google merupakan enjin carian yang paling popular kerana ianya mudah berbanding pesaing yang lain seperti Yahoo! Laman web mudah.my juga lebih banyak dikunjungi daripada eBay ataupun Lelong.my di Malaysia bukan kerana ciri-ciri atau fungsi yang ada pada mudah.my, tetapi interface yang mudah digunakan.

Keynote iPhone pada 2007

Kejayaan iPhone menjadi peneraju telefon pintar juga sepertimana pembentangan Keynote Steve Jobs pada tahun 2007 adalah dengan menjadikan telefon itu sangat berkuasa dan sangat mudah digunakan, berbanding telefon pintar yang lain pada masa itu, walaupun berkuasa tetapi sangat sukar digunakan. Konsep ini akhirnya ditiru oleh jenama-jenama lain kerana ianya sangat mudah untuk digunakan oleh pengguna.


Jadikan Sesuatu yang Rumit Menjadi Mudah
Dalam satu ceramah yang disampaikan oleh pakar kepimpinan, John C. Maxwell, beliau ada mengatakan yang beliau bukanlah seorang pendidik (educator), beliau adalah seorang communicator. Menurut beliau:
"The things that can bring you success is 'simple'.
  I am communicator, not an educator.
  An educator takes something simpler and makes it complicated.
  If you are not confuse, they are not happy.
  A communicator takes something complicated, and makes it simpler."
Ini merupakan pandangan peribadi beliau dengan definisi beliau secara peribadi, tetapi mesejnya jelas yang mana sekiranya kita ingin berjaya, kita perlu menjadikan sesuatu itu mudah.

Penulis Best-Seller seperti Robert Kiyosaki (beliau menggelar dirinya 'Educator') juga banyak mengambil konsep yang rumit dan disampaikan dengan sangat mudah. Baca penulisan beliau dan anda akan bersetuju, seperti konsep "Cashflow Quadrant" yang disampaikan dengan cara yang sangat mudah.

Bisnes akan berkembang sekiranya 
Bisnes anda akan lebih cepat berkembang sekiranya anda berjaya memudahkannya daripada kaca mata pelanggan. Anda boleh mencipta satu benda yang kompleks, tetapi pada mata pelanggan, ia harus nampak mudah. Bagaimana boleh anda mudahkan perniagaan anda?