Sunday, April 24, 2016

7 Rahsia komunikasi oleh Dr. Zakir Naik

Kebelakangan ini Dr. Zakir Naik telah menjadi sebutan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Semua ini gara-gara pembatalan program beliau di UTeM setelah diumumkan oleh ketua polis negara atas sebab-sebab tertentu, dan ia menjadi viral di laman media sosial.

Memang Dr. Zakir Naik merupakan salah seorang communicator yang hebat. Beliau dapat berbicara dengan persuasif sehingga ramai orang pasti akan terpegun dengan cara beliau berdebat dan berkata-kata. Mungkin ramai yang gemar mendengar beliau berhujah secara langsung dihadapan ribuan penonton. Kali ini saya ingin mengupas video dibawah dan berkongsi beberapa isi penting dan teknik yang digunakan beliau dalam berhujah, semoga ianya akan menjadi pengajaran buat kita, Inshaallah.



1. Listen attentively - mendengar dengan penuh perhatian dan minat
Apabila seseorang bertanyakan soalan, kebanyakkan orang mendengar untuk menjawab soalan tersebut. Apa yang Dr. Zakir lakukan adalah dengar dengan penuh perhatian dan minat di mana anda boleh lihat daripada 'eye contact' beliau kepada si penanya soalan. Kemahiran mendengar bukan sahaja memahami apa soalan yang ditanya, tetapi juga memahami perspektif si pendengar.

2. Acknowledge the question is good - mengiktiraf soalan yang dikemukakan itu adalah bagus.
Soalan yang baik adalah sangat subjektif. Walau apa juga soalan yang diajukan, tiada istilah soalan bodoh. Ini kerana perspektif seseorang itu sangat berbeza dengan perspektif kita. Dalam erti kata lain, kita mempunyai realiti kehidupan yang berbeza. Mengiktiraf soalan itu soalan yang baik menunjukkan kita faham kenapa beliau bertanyakan soalan tersebut dan penting untuk ianya dijawab.

3. Repeat the question - Ulang semula soalan yang ditanya
Mengulang kembali soalan mempunyai satu kuasa yang sangat persuasif. Banyak kajian telah dijalankan tentang perkara ini. Dalam NLP ia dipanggil matching and mirroring. Social scientist pula memberi gelaran mimicking. Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap restoran, mereka membuat kesimpulan bahawa mereka yang ulang kembali menggunakan perkataan (keyword) yang sama dengan pelanggan yang membuat order, mereka mendapati kadar tips yang diberikan meningkat sebanyak 70%. Ianya seolah-olah memberitahu subsconcious mind - "you understand me!"

4. Using the same metaphor - Menggunakan metafora yang sama dengan si penanya.
Si penanya soalan itu ada memberikan metafora atau perumpamaan sebuah kereta yang tiada hon. Bagaimana Dr. Zakir memberikan jawapan adalah dengan menggunakan metafora yang sama iaitu kereta. Banyak cara sebenarnya boleh digunakan untuk menjawab, tetapi beliau menggunakan metafora yang sama untuk matchkan dengan realiti yang ada pada si penanya. Penggunaan metafora ini sebenarnya merupakan satu teknik yang sangat persuasif kepada subsconcious mind.

5. Use story-telling - Menggunakan penceritaan
Dr. Zakir juga ada menggunakan teknik story-telling atau penceritaan semasa beliau menjawab soalan. Apa yang lebih menarik sebenarnya, beliau mengaitkan dengan pengalaman beliau sendiri (atau personal story). Menurut salah seorang pengkaji otak, Dr. Uri Hasson, story telling mempunyai impak yang dinamakan brain to brain coupling yang memberikan kesan dua orang yang berbeza boleh synchronize dengan hanya menyampaikan sebuah cerita.

6. Only answer the concern part - Jawab perkara yang menjadi kebimbangan sahaja
Berdasarkan soalan, si penanya ada menyatakan beliau sudah banyak membuat kajian tentang Islam dan hanya satu perkara sahaja yang menjadi penghalang beliau untuk memeluk agama Islam. Memang boleh Dr. Zakir untuk bercerita seribu-satu perkara mengenai Islam, tetapi beliau memilih hanya untuk menjawab perkara yang menjadi concern si penanya. Kadangkala terlalu banyak maklumat juga membuatkan seseorang itu berubah fikiran, bukan kerana lari dari kebenaran, tetapi sukar untuk faham dan sukar untuk dihadam (comprehend and digest). Dr. Zakir juga bertanya adakah jawapan yang diberikan menjawap persoalan yang diajukan.

7. Closing the deal - Membuat penutup
Kebanyakkan daripada kita menjawab dan memberikan penerangan panjang lebar, kita terlupa untuk membuat closing. Itu sebab kebanyakan daripada kita tidak dapat close sales yang cuba kita lakukan. Dr. Zakir faham daripada soalan, beliau akan bersedia untuk menerima Islam sekiranya satu soalan sahaja beliau clearkan. Setelah menjawab soalan yang dikemukakan, beliau terus bertanya beberapa soalan (test closing) dan setelah mendapat persetujuan, beliau terus mengajak si penanya untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Banyak perkara yang boleh kita pelajari dan aplikasikan terhadap kemahiran kita dalam berkomunikasi. Insyaallah, kita boleh menggunakan strategi komunikasi Dr. Zakir pada kali ini untuk kita menjadi lebih persuasif dalam kerja seharian kita. Sekiranya anda mempelajari sesuatu dari post ini, atau ada sebarang pendapat atau penambahan, sila tinggalkan komen di bawah.