Thursday, August 30, 2018

Bagaimana nak motivasikan pekerja yang malas?


1. Dalam sesi leadership insight minggu lepas, saya kongsikan duit bukanlah faktor motivasi. Tetapi duit merupakan faktor hygiene.

2. Untuk memotivasikan seseorang ada banyak cara dan kebanyakkannya tidak memerlukan kos yang tinggi.

3. Salah satu kaedah yang efektif yang digunakan oleh CEO Duolingo, sebuah syarikat yang bernilai $700 juta, beliau cuma berkata kepara pekerjanya "Apa yang awak lakukan ini sangat penting."

4. Kadangkala pekerja kita tidak tahu betapa pentingnya sumbangan mereka kepada syarikat atau proses yang dijalankan. Dengan memberikan sedikit peringatan sebenarnya akan serba sedikit mengubah attitude mereka terhadap kerja.

5. Adakah ini kerja leader dalam organisasi? Ya! Tugas seperti ini jangan didelegate kepada orang lain untuk dilakukan. Kerana impaknya berbeza.


6. Mengingatkan tentang apa yang mereka lakukan itu penting sama dengan mengingatkan purpose atau matlamat kerja.

7. Kadangkala kita sebagai leader sibuk dengan kita punya BIG WHY, kita terlupa akan SMALL WHY. Why this is important. Memang penting ada matlamat besar dalam syarikat. Tetapi matlamat yang kecil juga perlu sentiasa diberi peringatan.

8. Daniel Pink pernah menulis buku pertama beliau berjudul FREE AGENT NATION. Dalam buku itu, beliau menemuramah ramai orang yang berhenti dari bekerja korporat dan melakukan kerja-kerja sendiri (freelance).

9. Dan hasil kajian tersebut, beliau mendapati ada satu pattern dalam response. Antara ayat yang banyak terkeluar adalah "I don't feel like I am making a contribution."

10. Dalam banyak kes, orang resign kerena mereka tidak nampak sumbangan mereka pada syarikat. Bukan kerana gaji tak cukup atau menyampah dengan bos. Sebab itu kita sebagai leader perlu sentiasa mengingatkan team kita bahawa sumbangan mereka sangat penting dalam organisasi.

#johanirwan