Friday, November 30, 2018

Jeff Bezos meramalkan satu hari Amazon mungkin akan tutup kedai.



"I predict one day Amazon will fail. Amazon will go bankrupt." 
- Jeff Bezos

1. Jeff Bezos merupakan orang terkaya di dunia. Kekayaan beliau sudah mengatasi Bill Gates and Warren Buffet.

2. Syarikat yang beliau asaskan - Amazon sekarang bernilai lebih $ 1Trillion dengan kedudukan ke-8 dalam Fortune 500 Companies. Amazon antara syarikat yang telah disrupt banyak perniagaan daripada kedai buku sekarang terdapat pelbagai produk dari B2C ke B2B.

3. Dan beliau meramalkan satu hari Amazon akan gagal. Bagaimana sebuah syarikat yang seolah mendominasi perniagaan internet akan gagal?

4. Sebenarnya apa yang beliau katakan merupakan satu mindset yang luar biasa. Tiada syarikat yang kebal dan tak boleh bungkus satu hari nanti. Kita dah banyak dengar banyak syarikat gergasi yang sekarang tidak lagi wujud.

5. Kata beliau, tugasnya adalah untuk melambatkan proses kegagalan tersebut. Bagaimana? Dengan meletakkan fokus kepada pelanggan.

6. Hari dimana kita terlupa untuk fokus kepada pelanggan dan kita merasakan kita paling layak dan kita paling berkuasa, itulah hari dimana kita akan bermula untuk gagal.


7. Sekiranya Amazon yang besar tu pun kata mereka terdedah kepada kegagalan, kita yang kecil ni macamana pulak?

8. Adakah kita nak cakap kepada kerajaan untuk lindungi bisnes kita? Sibuk buat demo ke sana-sini, mengatakan orang lain dah ‘curi’ pekerjaan kita?

9. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam dunia VUCA. Kita tiada kekebalan.

10. Seperti juga mengingati mati adalah peringatan terbaik untuk kita. Mengingati yang perniagaan kita satu hari mungkin tiada lagi juga merupakan peringatan yang terbaik untuk perniagaan kita.

#johanirwan

No comments:

Post a Comment