Thursday, December 20, 2018

Lima Tahun Lepas


Hari ini lima tahun yang lepas saya membuat satu keputusan yang besar dalam hidup saya - untuk melepaskan jawatan saya. Walaupun hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat, saya dah berikan notis 3 bulan lepas dan saya ada dua bulan cuti yang saya tidak gunakan. Begitulah saya dahulu, bukan setakat banyak cuti yang tidak diambil, malah sering balik lewat atas urusan kerja.

Saya masih teringat sebelum saya menyerahkan surat perletakan jawatan, saya agak ragu-ragu dengan tindakan saya. Mana taknya, nak melepaskan jawatan yang selesa dalam keadaan saya memang langsung tidak bersedia untuk berhenti kerja. Isteri saya tidak bekerja. Anak sudah dua, yang sulung akan masuk sekolah tadika. Simpanan pula sudah hampir habis kerana dua tahun sebelum, saya baru beli rumah. Tahun sebelum itu wang saki baki saya belanjakan untuk persijilan NLP dan Colored Brain. Kad kredit pula sudah mencecah lima angka. Dah la hutang keliling pinggang, tiada projek yang secure. Saya juga tidak mencari client kerana bimbang conflict of interest dengan jawatan yang saya pegang pada ketika itu.

Namun, saya tekadkan dan serahkan surat notis pada CEO pada ketika itu. Semasa exit interview, bos bertanya “what if you didn’t make it?” Jawab saya selamba, kalau saya gagal isteri dan anak saya hantar balik ke kampung. Rumah boleh saya jual, dan paling teruk saya akan tidur bawah jambatan. Dan of course selepas itu saya pasti bangkit semula. Entah kenapa saya berikan jawapan semacam itu, tetapi saya masih dapat rasakan conviction saya pada ketika itu.



Lima tahun berlalu, apa yang saya risaukan sebenarnya tidak berlaku. Saya teringat kata-kata - Most of the time, the thing that we fear the most does not even exist.

Alhamdulillah, selama lima tahun pelbagai onak ranjau yang saya lalui. Bermula dengan ofis di rumah, sekarang kami sudah ada ofis yang proper. Daripada lone ranger, sekarang sudah ada pasukan kecil yang membantu perjuangan saya. Daripada tiada client, sekarang saya sudah ada ratusan clients.

Setiap usahawan perlu ambil risiko. Mungkin tidak semua orang akan ambil risiko sepertimana saya, sebab itu tidak semua orang berminat untuk menjadi usahawan. Kalaulah saya mendengar conventional advice - sebelum resign kena ada 3-6 bulan simpanan untuk emergency, mungkin sampai sekarang saya masih belum lagi berhenti kerja untuk membuat apa yang saya nak buat.

Trust yourself, understand your strength and make full use of it, believe in your faith. Think of what are the worst thing that could happen? Most of the time, the worst thing will not even harm you. Stop worrying and start to live your life to the fullest.

#johanirwan #notetomyself #todayismylastday