Friday, April 12, 2019

Hotel

1. Tahun 2012, semasa saya menjalani certification DC di Bali, salah seorang peserta berpengalaman 10 tahun dalam industri perhotelan. Saya masih ingat beliau berkata, bila sebut hotel sepatutnya ia adalah satu industri hospitaliti. Layanan baik yang membuatkan hotel mahal.

2. Ketika itu saya dapat satu distinction, sepatutnya ada perbezaan diantara hotel, motel atau rumah tumpangan. Hotel bukan sekadar bilik tidur, tetapi layanan bagaimana kita disambut.

3. Dan saya mula perasan pada ketika itu, lambakan 'budget hotel' di Malaysia yang sepatutnya tidak digelar hotel kerana tiada elemen hospitaliti. Yang jaga kaunter muka masam, tiada penyambut tetamu, beg kena angkat sendiri.

4. Tetapi apabila saya perhatikan lebih lanjut, apa yang saya perasan, hotel yang sebenar tidak menggunakan perkataan 'hotel' dalam jenama mereka. Mereka tak perlu declare mereka adalah hotel.

5. Contohnya, Hilton, Marriott, Le Meridien, Holiday Inn, Thistle, juga hotel baru seperti Aloft, Four Seasons. Mereka tak perlu letak Hilton Hotel, atau Le Meridien Hotel pada signage mereka.

6. Hanya budget hotel sahaja yang letak perkataan hotel seperti Sun Inns Hotel, Tune Hotel, dan hotel-hotel lain yang anda boleh perhatikan dalam signage mereka.

7. Saya mula reflect dalam industri saya. Adakah perkara yang sama diamalkan? Dalam coaching industry misalnya, coach world class tidak meletakkan perkataan coach di hadapan nama mereka.

8. Anthony Robbins, Marshall Goldsmith, Brad Sugars - mereka tidak menggelar diri mereka Coach Tony atau Coach Marshall.

9. Coach-coach yang baru nak up sahaja letakkan gelaran tersebut dihadapan mereka.

10. Kesimpulan yang saya buat (saya mungkin salah dan anda tak perlu bersetuju), kalau jenama kita bagus kita tak perlu pun declare siapa kita.

No comments:

Post a Comment