Thursday, July 11, 2019

Pengalaman Bukan Penentu

1. Masa saya bermula menjadi trainer, saya sebenarnya agak struggle. Ramai yang menawarkan saya untuk bekerja dibawah syarikat mereka. Saya memang menghargai mereka, tetapi saya membuat keputusan untuk membangunkan syarikat saya.

2. Salah seorang yang mengajak saya bekerja untuk syarikat beliau adalah bekas HR Director sebuah organisasi korporat yang terkemuka. Beliau baru sahaja menubuhkan syarikat latihan beliau dan kepakaran saya mungkin diperlukan dalam syarikat tersebut.

3. Pada ketika itu, beliau menjemput saya untuk bekerja dibawah beliau dan saya masih ingat kata-kata beliau, "Awak kena follow orang sementara mencari pengalaman. I have been there, done that! So you should follow people like me."

4. Saya berkata, saya boleh bantu beliau mana yang termampu tetapi saya tak mahu bekerja dibawah syarikat beliau.

5. Empat tahun berlalu, tahun lepas saya mendapati beliau tidak lagi menjalani perniagaan training, sebaliknya bekerja semula sebagai head HR dalam sebuah organisasi lain.

6. Manakala saya masih lagi menjalankan latihan dan syarikat saya Alhamdulillah semakin berkembang.


7. Saya melihat perkara ini sebagai pengajaran buat saya. Perkataan "Been there done that" merupakan satu perkara yang kita perlu berhati-hati, kerana dalam situasi lain pengalaman kita mungkin boleh jadi liabiliti. Seorang Head HR yang bagus tidak semestinya boleh jadi trainer yang bagus, dan tidak semestinya boleh jadi entrepreneur yang bagus.

8. Malah dalam satu kajian, mereka mendapati Corporate Executives (Top Management dalam sesebuah syarikat korporat) kebanyakkannya tidak berjaya menjadi entrepreneur yang bagus. Kerana Skillset dan Mindset keduanya adalah berbeza.

9. Sebagai seorang top management syarikat korporat, mereka sudah terbiasa dengan resources yang banyak, budget yang banyak dan pekerja yang ramai. Semua benda yang diperlukan hanya perlu di arah untuk mendapatkannya. Sedangkan sebagai seorang entrepreneur resources adalah terhad, budget terhad dan sumber manusia juga terhad.

10. Hanya kerana kita banyak pengalaman dalam satu bidang, ia bukan penentu kita akan berjaya dalam satu bidang yang lain. Mindset dan skillset yang berbeza diperlukan. Adakah kita sanggup mengubah mindset, dan mendapatkan skillset yang diperlukan?

No comments:

Post a Comment