Sunday, April 26, 2020

Ucapan Magnetic TSMY

Sepanjang tempoh PKP, antara perkara yang menarik perhatian ramai rakyat Malaysia adalah bagaimana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin memberikan ucapan. Apa yang saya perhatikan, penyampaian beliau bukan sahaja efektif dalam menyampaikan mesej, malah mengandungi unsur viral.

Semalam beliau ditemuramah oleh TV1 dan Astro Awani. Pengacara Essan Yahya ada bertanya tentang 'apa disebalik ucapan beliau?'



Berikut antara kaedah yang beliau gunakan, dan mungkin anda boleh gunakan untuk ucapan anda pada masa akan datang:

1. Know Your Audience (You are not the Hero)
Sentiasa tahu dengan siapa kita bercakap. Sekiranya kita memberikan ucapan pada masyarakat umum, bahasa yang kita gunakan perlu lebih mudah berbanding membentang proposal kepada top management. Dalam ucapan Tan Sri, beliau tidak meletakkan diri beliau sebagai hero. Sebaliknya pendengar. Salah satu perkara yang ditekankan oleh Nancy Duarte dalam bukunya Resonate, beliau menekankan Hero bukanlah orang yang memberikan ucapan, sebaliknya pendengar.

2. Relevant
Perkara disampaikan perlu relevan dengan pendengar. Bagi saya ucapan adalah satu alat pembelajaran yang mana kita mendidik audien tentang sesuatu perkara. Malcolm Knowles (pengasas Andragogy atau Adult Learning Theory) mencadangkan orang dewasa akan berminat sekiranya topik yang dibincangkan relevan dengan mereka. Tan Sri bercakap perkara yang relevan dengan konteks semasa.

3. Story Telling dan Emotionally Appeal
Kaedah penyampaian terbaik adalah dengan berbentuk penceritaan. Nombor yang dibentang dalam bantuan mungkin sukar diingat, tetapi contoh Mak Cik Kiah yang disampaikan dalam penceritaan menarik minat pendengar. Seperti kata Roger Shank (pakar AI dan cognitive psychologist), "Humans are not ideally set up to understand logic, they are ideally set up to understand stories."

4. Empathy
Satu kemahiran penting dalam Emotional Intelligence adalah Empathy. Dalam video ini pengacara Zaleha Khairene Ismail berbicara tentang elemen empathy. Beliau seolah mengetahui apa yang berada dalam fikiran majoriti rakyat. Beliau tidak bercakap tentang kesusahan kerajaan (rakyat tak berminat tahu masalah kerajaan) sebaliknya beliau bercakap tentang kesusahan rakyat. Beliau juga memasukkan element jenaka seperti lelaki memakai baju kelawar, troll rap ucapan beliau, Group Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni' seolah beliau ambil tahu apa yang berlaku pada audien.

5. Vulnerable
Bercakap tentang kelemahan mungkin kelihatan seperti counter-intuitive, tetapi itu sebenarnya punca kuasa. Brene Brown banyak bercakap tentang The Power of Vulnerability. Beliau tahu apa pandangan rakyat tentang beliau dengan ayat “And this government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you." Beliau juga berkata, "We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation." Vulnerability dapat membina kepercayaan dengan audien seperti kata Brene Brown, "Vulnerability is the only bridge to build connection."

Terlalu awal untuk kita nilai kepimpinan Tan Sri Muhyiddin yang baru sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri. Tetapi ucapan beliau mampu memberikan satu mesej kepada rakyat untuk mempengaruhi tindakan rakyat serta persepsi rakyat terhadap kerajaan yang beliau pimpin. Itulah kuasa ucapan yang berpengaruh. Ia merupakan satu seni, dan anda juga boleh menulis ucapan yang baik untuk membina pengaruh anda sebagai seorang pemimpin.

#johanirwan

No comments:

Post a Comment